Alangkah terkejutnya kami di Semboyan Malaysia menerima aduan bahawa adanya satu ajaran sesat yang sudah sekian lama bertapak di negara kita ini.

Perkara ini dilaporkan sendiri oleh salah seorang bekas anak murid yang pernah menuntut di satu sekolah ‘pondok’ miliknya.

Dalam penceritaanya, dan dia memberi tahu bahawa pada awal kehadiran beliau disana, beliau tidak mengesyaki apa-apa langsung.

Namun, semakin lama, ‘pengetua’ ini semakin berubah. Anak-anak murid yang hadir ke sekolah bertujuan unutk menuntut ilmu, namun pengetua ini mengambil kesempasatan dengan menghantar anak-anak ini ke tempat-tempat tertentu bagi menjual barangan yang dikeluarkan oleh mereka.

Lebih kejam lagi, setiap anak murid mempunyai ‘target sale’ masing-masing bagi melariskan jualan barangan dari pihak sekolah dan bakal dipukul jika tidak melepasi ‘target sale‘ tersebut.

Lebih menyedihkan dan mengejutkan pihak kami adalah, ‘pengetua’ tersebut turut memberanikan diri dengan mengaku bahawa dirinya adalah Imam Mahdi.

Perkara ini bukan sahaja menyimpang dari agama Islam, bahkan ia boleh merosakkan imej Islam dan Ahli Sunnah Waljamaah itu sendiri.

Pihak Semboyan yang diwakili Yusuf Azmi bersama sahabatnya, Tok Singa memandang hal ini dengan begitu serius dan akan menjalankan siasatan dengan lebih lanjut.