Memiliki sebuah aset dan mempunyai sebuah rumah merupakan perkara yang paling di idamkan
oleh semua masyarakat. Namun, ada segelintir individu yang tidak bertanggungjawab yang
mengambil kesempatan di atas impian orang lain dengan menawarkan sebidang tanah dan rumah
lengkap secara ansuran.

Pihak Semboyan Malaysia dikunjungi dengan pengadu yang kedua-duanya merupakan seorang guru.
Mereka telah menjadi mangsa penipuan belian tanah secara ansuran.

Menurut pengadu, kisah ini pada awalnya berlaku di satu tempat di sebuah kawasan pantai timur
tanah air. Kedua-dua pengadu pada awalnya tertarik dengan tawaran-tawaran yang di iklankan
menerusi kain rentang yang dipasang di daerah tersebut.

Tidak berfikir panjang, pengadu tersebut terus sahaja menghubungi iklan terbabit dengan harapan
ada sinar unutk masa hadapan kelak.

Namun apa yang mengecewakan, plan pembelian tanah secara ansuran ini hanyalah sekadar umpan.
Perkara ini disedari selepas pengadu berasa terikat dengan kontrak yang tidak masuk akal.

Namun, selepas pihak guaman Semboyan Malaysia meniliti kes ini, pengadu kedua-duanya
sebenaranya bernasib baik dan terlepas dari belenggu kontrak tersebut.

Ini kerana, menurut pihak guaman Semboyan Malaysia, kontrak tersebut tidak sah kerana kontrak
tersebut tidak ditandatangani di hadapan hakim atau mana mana agensi guaman yang sah dan
kontrak tersebut turut tidak di ‘stamping’

Namun, ini bukan bermakna bahawa pengguna diluar boleh memandang ringan akan perkara ini.
Pengguna perlulah berhati-hati dengan membaca apa jua kontrak dengan sangat teliti sebelum
bersetuju dan menandatangani kontrak tersebut.

Allahualam

Teruskan menyokong perjuangan Semboyan Malaysia dengan mendapatkan baju T-Shirt “Semboyan
Jihad” dan jangan terlepas promosi eksklusif kami hanya di website kami.

Halaman Utama – Apparel Semboyan Malaysia

Dan jangan lupa ikuti perkembangan Semboyan Malaysia dan dapatkan konten-konten yang menarik
hanya di saluran Youtube kami

https://youtube.com/c/YusufAzmiSemboyanTV

Bagi anda yang ingin melakukan sebarang aduan atau ingin mengunakan khidmat kami, anda boleh
menghubungi kami di http://www.wasap.my/60193388500 untuk info lebih lanjut.