Segalanya bermula dengan satu iklan yang diterima di Whatsapp. Pengadu pada awalnya berasa hairan akan pengiklanan tersebut, namun selepas melihat testimoni yang ada pada iklan tersebut, pengadu menjadi lemah.

Dengan melihat ramai orang mendapat pulangan yang lumayan, pengadu mengambil pilihan untuk menyertai tawaran saham emas ini.

Pada awal penyertaan, pengadu tidak mengesyaki apa-apa kerana semua proses berjalan dengan lancar. Namun, apabila hampir sampai di proces PO (Purchase Order), individu tidak bertanggungjawab itu memberi tahu bahawa saham ketika itu sedang jatuh merundum.

Akibat daripada itu, pengadu hingga kini tidak menerima sebarang pulangan walaupun individu tersebut terlah berjanji akan pulangkan kembali modal walaupun tidak mendapat untung atau pun atas alasan saham jatuh, namun semua itu semuanya dusta.Sejak dari itu, individu tersebut terus membisu dan melenyapkan diri.

Kami di Semboyan Malaysia diberitahu bahawa wakil pengadu tersebut mengalami kerugian sebanyak RM15,000 dan masih mempunyai kira-kira 100 orang yang menghadapi isu yang sama. Anggaran kerugian bagi 100 individu yang ditipu ini boleh mencecah sehingga RM1 Juta.

Pengadu berharap agar individu tersebut boleh memulangkan kembali walaupun hanya wang modal mereka sehaja. Pengadu turut berpesan kepada orang ramai agar tidak mempercayai secara membabi buta sebarang iklan pelaburan tanpa soal selidik berkenaan latar belakang syarikat yang membuat pelaburan saham tersebut.

Anda boleh pergi ke laman rasmi Youtube kami bagi menonton tindakan selanjutnya daripada pihak Semboyan Malaysia sendiri berkenaan isu ini.