Pada kali ini pihak Semboyan Malaysia didatangi dengan pengadu yang mendakwa dirinya seolah-oleh digunakan atas kepentingan diri sendiri dan turut mengalami kerugian sebanyak RM157,550.

Pada awalnya pengadu menerima satu panggilan dari seorang ‘Dato’ yang menawarkan kursus di bawah syarikat miliknya.

Dato itu turut mendakwa yang dia telah menerima kontrak daripada agensi kerajaan. Sebanyak 150 peserta yang perlu dicari oleh Dato’ tersebut pada awalnya, namun gagal kerana kekangan daripada Covid-19. Oleh kerana itu, Dato’ tersebut bertindak untuk menawarkan dan memberi surat pelantikan atau mandat kepada pengadu bagi mencari peserta kursus berkenaan.

Pengadu yang telah meletakkan syarat syarat tertentu termasuklah 50% dari kontrak berkenaan telah bersetuju dengan surat pelantikan itu. Setelah pengadu telah berjaya mencari peserta, Dato’ berkenaan bertindak secara tidak semena-mena menolak RM 50,000 dari keuntungan pengadu dengan alasan ianya ‘consultan fees‘ dari pihak syarikat berkenaan.

Dan sehingga kini, pengadu hanya menerima bayaran sebanyak RM106,950 sahaja dan tidak menerima apa yang telah dijanjikan, malah bayaran itu sebenarnya langsung tidak pulang modal kepada pengadu.

Pengadu memohon agar individu yang bergelar Dato’ berkenaan mengotakan janji yang telah dilakukan dan seperti mana dalam perjanjian.

Semoga kita dijauhkan dengan golongan yang hanya ‘makan atas angin’ ini dan tidak menepati janji.

InsyaAllah